Air rebusan daunnya diminum untuk merawat batu karang, darah tinggi, kencing manis, sembelit, buasir dan kencing tidak lawas.
Sales inquiry +60146360828 (Jamil) or batulima@ymail.com. Address: Lot 2514, Batu 28, Jenderam Hilir, Dengkil, 43800 Selangor.
Saturday, May 11, 2013
Sambung Nyawa
Pucuknya dibuat ulam. Dikatakan mampu merawat darah tinggi, kencing manis, barah , sakit kepala dan sakit jantung. Untuk menghilangkan darah beku, bengkak, merawat patah tulang dan pendarahan selepas bersalin, minum air rebusan daunnya.
Pokok Garuda
Pokok garuda dikatakan boleh menghalau serangga perosak secara semula jadi. Dalam perubatan herba / tradisional, pokok ini digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi, bisul dan sakit sendi, dengan cara menumbuk daunnya dan sapu pada bahagian yang sakit. Juga disebut dapat merawat demam, membuang angin, nyeri ulu hati, gastrik, kejang dan merangsang haid, dengan meminum air rebusan daunnya.
Belalai Gajah (Sabah snake grass)
Pucuk muda atau daun belalai gajah dikatakan dapat merawat penyakit kanser (apa jua jenis kanser), kencing manis, sakit buah pinggang, kolesterol tinggi, darah tinggi, asid urik tinggi, radang prostat, membuang toksin dalam badan dan mengurangkan keletihan.
Bangun-Bangun (Ati-Ati Hijau)
Daunnya dibuat sayur dan perencah masakan. Juga diguna untuk merawat batuk dan membuang kahak dengan cara menumbuk daunnya, ambil jusnya, dicampur gula batu dan minum. Untuk merawat luka, melecur atau gigitan binatang berbisa, hancurkan daunnya dan tampal pada tempat yang sakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)